Sunday, July 22, 2007

Pick up an architecture

Arkitektur adalah satu kriteria yang dari segi bahasa seseorang yang berkemapuan untuk mereka bentuk sebuah bangunan bermula dari peringkat mereka bentuk sehingga ke bahagian binaan.Terdapat ramai arkitek yang terkemuka dewasa ini sama ada di Malaysia amnya dan seluruh dunia umunya.Arkitek-arkitek yang terkenal di Malaysia adalah seperti Kean Yang & Hijas Kasturi.Manakala arkitek luar yang terkenal pula adalah sepeti Renzo Piano,Richard Rogers, Santiago Calatrava,Norman Foster, dan ramai lagi.Setiap daripada arkietk ini mempunyai identitinya yang tersendiri dalam mereka bentuk bangunan mereka.
Antara arkitek yang menjadi inspirasi kepada arkitek-arkitek lain ialah Renzo Piano.Beliau lahir pada September 14 1973 di Genoa, Itali.Mendapat pendidikan awal di Politeknik Milano Itali.Dari 1965 sehingga 1970,beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang arkitek di firma Louis Kahn & Makowsky.Pada tahun 1971 sehingga 1977 pula,beliau bekerja dengan Richard Rogers iaitu rakan beliau semasa sekolah dahulu dan telah menghasilkan satu ikon yang terkenal pada masa kini iaitu 'Center Georges Pompidou,Paris' yang telah siap dibina pada 1977.Dewasa ini,beliau terkenal dengan merekabentuk muzium.Beliau pernah memenangi hadiah 'Pritzker'.
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik tetapi oleh kerana beliau tiada bakat dalam bidang muzik,maka beliau meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang arkitek.Dengan dipengaruhi oleh latar belakang dalam meminati muzik,maka beliau juga menerapkan usnur-unsur muzik kepada bangunan beliau seperti irama,datum dan lain-lain.Beliau juga suka mengkaji struktur-struktur yang berentang luas dalam mereka bentuk bangunan beliau.
Falsafah yang beliau gunakan dan yang banyak diterapkan dalam rekabentuk.Contonya adalah seperti seperti konteks pembandaran dalam mereka bentuk banda iaitu beliau percaya yang pembangunan mampan bergantung kepada tiga faktor iaitu kualiti arkitektur itu sendiri, pembentukan sosial persekitaran dan bertindak balas dengan alam sekitar.Yang keduanya pula adalah tanah awam iaitu ruangan awam antara bangunan mempengaruhi kedua-dua pembentukan dan kualiti sesebuah bandar.Dan yang terakhir adalah fleksibel,iaitu menawarkan jarak jangka panjang untuk sesebuah bangunan.
Namun,apa yang dipraktikkan oleh beliau mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.Antara kekurangan yang dapat dilihat adalah jika difikirkan secara logik,struktur rentangan luas sebenarnya tidak sesuai dibina di negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia.Ini adalah kerana apa yang dapat dikaji daripada bangunan yang berstruktur rentangan luas di Malaysia seperti KL Central adalah gagal.Ini adalah kerana jika dilihat dari segi penggunaan tenaga,bangunan ini langsung tidak mesra alam kerana pembaziran alat penghawa dingin yang berlaku.Kehadiran 'Curtain Wall' iaitu gelas juga meyumbang kepada pembaziran penghawa dingin kerana pamasan yang berlebihan di dalam bangunan kerana haba yang diserap dari luar telah masuk kedalam.Walaupun KL Central bukannya direkabentuk oleh Renzo Piano namun sebagai contoh struktur berentang luas di Malaysia,pembinaanya bagi pendapat saya adalah gagal.

No comments: