Arkitektur adalah sebahagian daripada pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan profesional. Dari segi definasi umum,arkitektur adalah seseseorang yang bertanggungjawab dari segi merekacipta sehingga ke peringkat pembinaan. Namun adakah seseorang itu digelar arkitek hanya dengan merekabentuk bangunan? Jawapannya ialah tidak. Jika kita melihat dengan lebih jauh lagi maksud aritektur itu, ianya mempunya definisi yang lain. Seseorang yang berkebolehan untuk merekacipta sesuatu adalah arkitek. Tidak kira sama ada ianya bangunan mahupun laman web ini sendiri, ianya mempunyai orang yang menciptanya.
Lazimnya semua ini bermula dari niat seseorang itu. Dalam hadis sendiri ada menyatakan sesuatu perbuatan itu hendaklah bermula dengan niat. Jika niat seseorang itu baik maka hasilnya adalah baik dan jika niat itu itu sebaliknya makan hasilnya akan sebaliknya. Dan niat itu yang datang dari hati, maka ia akan terus kepada proses laku. Laku ini adalah pergerakan kita untuk melakukan apa yang telah kita niat. Tanpa laku, niat tadi tidak akan terhasil. Umpama mimpi dalam mimpi. Seterusnya adalah hasil yang terjadi dari niat dan laku kita. Hasil yang kita perolehi pada akhirnya adalah hasil daripada yang yg kita niat dan laku pada awal tadi. Jika niat kita betul dan laku sudah terpesong maka hasilnya juga akan terpesong. Ketiga-tiga prinsip di atas adalah berkait rapat antara satu sama lain.
Niat itu lahir dari aktor itu sendiri. Tidak kira siapa pun aktornya dan apa yang difikirkannya, apa yang diniatkan oleh aktor tersebut adalah perkara yang hendak dilakukan. Dan niat aktor ini terbatas dengan peraturan yang ada. Semua perkara di dalam dunia ini mempunyai peraturan. Dalam al-quran ada menyatakan satu peraturan yang wajib diikuti oleh umat islam iaitu buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Jadi niat aktor tersebut untuk melakukan hasilan adalah terhad kepada peraturan. Dan akhir sekali adalah tempat. Kesemua niat yang lahir dari aktor dan apa yang hendak dilakukan oleh aktor tersebut mempunyai aturan dan ia mesti mempunyai tempat. Kita boleh berniat untuk melakukan sesuatu jika kena pada tempat dan masa serta jika mengikut peraturan yang ditetapkan. Semua benda yang seseorang itu buat hendaklah bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat.

No comments:
Post a Comment