Wednesday, July 25, 2007
Bagaimanakah senibina boleh bebas daripada undang-undang negeri?
Semua perkara di dunia ini dibatasi oleh undang-undang.
Sunday, July 22, 2007
Explain the production of an architecture in this region (Bhumantara /Nusantara)
Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis arkitektur di dalam dunia.Contohnya adalah seperti senibina Greek,senibina Roman,senibina Islam dan banyak lagi.Wujudnya jenis-jenis senibina ini adalah kerana wujudnya tamadun-tamadun dunia.Namun,di dalam buku sejarah kurang dinyatakan mengenai tamadun-tamadun di dunia Nusantara.Mengaa terjadi demikian?Ia adalah kerana dunia ini dikuasai oleh orang Eropah dan mereka mahu kita mempercayai sejarah yang mereka cipta dan mengenai kuasa mereka pada zaman dahulu di dunia.Oleh itu,kewujudan tamadun nusantara tidak dicerita di dalam sejarah.
Pick up an architecture
Arkitektur adalah satu kriteria yang dari segi bahasa seseorang yang berkemapuan untuk mereka bentuk sebuah bangunan bermula dari peringkat mereka bentuk sehingga ke bahagian binaan.Terdapat ramai arkitek yang terkemuka dewasa ini sama ada di Malaysia amnya dan seluruh dunia umunya.Arkitek-arkitek yang terkenal di Malaysia adalah seperti Kean Yang & Hijas Kasturi.Manakala arkitek luar yang terkenal pula adalah sepeti Renzo Piano,Richard Rogers, Santiago Calatrava,Norman Foster, dan ramai lagi.Setiap daripada arkietk ini mempunyai identitinya yang tersendiri dalam mereka bentuk bangunan mereka.
Antara arkitek yang menjadi inspirasi kepada arkitek-arkitek lain ialah Renzo Piano.Beliau lahir pada September 14 1973 di Genoa, Itali.Mendapat pendidikan awal di Politeknik Milano Itali.Dari 1965 sehingga 1970,beliau memulakan kerjaya beliau sebagai seorang arkitek di firma Louis Kahn & Makowsky.Pada tahun 1971 sehingga 1977 pula,beliau bekerja dengan Richard Rogers iaitu rakan beliau semasa sekolah dahulu dan telah menghasilkan satu ikon yang terkenal pada masa kini iaitu 'Center Georges Pompidou,Paris' yang telah siap dibina pada 1977.Dewasa ini,beliau terkenal dengan merekabentuk muzium.Beliau pernah memenangi hadiah 'Pritzker'.
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik tetapi oleh kerana beliau tiada bakat dalam bidang muzik,maka beliau meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang arkitek.Dengan dipengaruhi oleh latar belakang dalam meminati muzik,maka beliau juga menerapkan usnur-unsur muzik kepada bangunan beliau seperti irama,datum dan lain-lain.Beliau juga suka mengkaji struktur-struktur yang berentang luas dalam mereka bentuk bangunan beliau.
Falsafah yang beliau gunakan dan yang banyak diterapkan dalam rekabentuk.Contonya adalah seperti seperti konteks pembandaran dalam mereka bentuk banda iaitu beliau percaya yang pembangunan mampan bergantung kepada tiga faktor iaitu kualiti arkitektur itu sendiri, pembentukan sosial persekitaran dan bertindak balas dengan alam sekitar.Yang keduanya pula adalah tanah awam iaitu ruangan awam antara bangunan mempengaruhi kedua-dua pembentukan dan kualiti sesebuah bandar.Dan yang terakhir adalah fleksibel,iaitu menawarkan jarak jangka panjang untuk sesebuah bangunan.
Namun,apa yang dipraktikkan oleh beliau mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.Antara kekurangan yang dapat dilihat adalah jika difikirkan secara logik,struktur rentangan luas sebenarnya tidak sesuai dibina di negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia.Ini adalah kerana apa yang dapat dikaji daripada bangunan yang berstruktur rentangan luas di Malaysia seperti KL Central adalah gagal.Ini adalah kerana jika dilihat dari segi penggunaan tenaga,bangunan ini langsung tidak mesra alam kerana pembaziran alat penghawa dingin yang berlaku.Kehadiran 'Curtain Wall' iaitu gelas juga meyumbang kepada pembaziran penghawa dingin kerana pamasan yang berlebihan di dalam bangunan kerana haba yang diserap dari luar telah masuk kedalam.Walaupun KL Central bukannya direkabentuk oleh Renzo Piano namun sebagai contoh struktur berentang luas di Malaysia,pembinaanya bagi pendapat saya adalah gagal.

Apa itu arkitektur?
Arkitektur adalah sebahagian daripada pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan profesional. Dari segi definasi umum,arkitektur adalah seseseorang yang bertanggungjawab dari segi merekacipta sehingga ke peringkat pembinaan. Namun adakah seseorang itu digelar arkitek hanya dengan merekabentuk bangunan? Jawapannya ialah tidak. Jika kita melihat dengan lebih jauh lagi maksud aritektur itu, ianya mempunya definisi yang lain. Seseorang yang berkebolehan untuk merekacipta sesuatu adalah arkitek. Tidak kira sama ada ianya bangunan mahupun laman web ini sendiri, ianya mempunyai orang yang menciptanya.
Lazimnya semua ini bermula dari niat seseorang itu. Dalam hadis sendiri ada menyatakan sesuatu perbuatan itu hendaklah bermula dengan niat. Jika niat seseorang itu baik maka hasilnya adalah baik dan jika niat itu itu sebaliknya makan hasilnya akan sebaliknya. Dan niat itu yang datang dari hati, maka ia akan terus kepada proses laku. Laku ini adalah pergerakan kita untuk melakukan apa yang telah kita niat. Tanpa laku, niat tadi tidak akan terhasil. Umpama mimpi dalam mimpi. Seterusnya adalah hasil yang terjadi dari niat dan laku kita. Hasil yang kita perolehi pada akhirnya adalah hasil daripada yang yg kita niat dan laku pada awal tadi. Jika niat kita betul dan laku sudah terpesong maka hasilnya juga akan terpesong. Ketiga-tiga prinsip di atas adalah berkait rapat antara satu sama lain.
Niat itu lahir dari aktor itu sendiri. Tidak kira siapa pun aktornya dan apa yang difikirkannya, apa yang diniatkan oleh aktor tersebut adalah perkara yang hendak dilakukan. Dan niat aktor ini terbatas dengan peraturan yang ada. Semua perkara di dalam dunia ini mempunyai peraturan. Dalam al-quran ada menyatakan satu peraturan yang wajib diikuti oleh umat islam iaitu buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Jadi niat aktor tersebut untuk melakukan hasilan adalah terhad kepada peraturan. Dan akhir sekali adalah tempat. Kesemua niat yang lahir dari aktor dan apa yang hendak dilakukan oleh aktor tersebut mempunyai aturan dan ia mesti mempunyai tempat. Kita boleh berniat untuk melakukan sesuatu jika kena pada tempat dan masa serta jika mengikut peraturan yang ditetapkan. Semua benda yang seseorang itu buat hendaklah bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat.

Subscribe to:
Posts (Atom)